17 November, 2006

Lupa Ingat Kesyukuran

Rebah bila tiba ke pangkuan,Pautan yang terlerai kembali disisipkan,Sedikit-sedikit dari gelap kembali sinar,Tertanya apa terpinga nganga benar.

Siapa kita sebenar-benar ciptaan,Hala tuju mana sanggup berjalan,Sepatu buruk tapak merekah kehausan,Melecet pedih beralir nanah berlendiran.

Ditanya siapakah aku tiada jawapan,Dicuit jari tiada gerak rangsangan,Rasanya benar-benar ada wujudnya dia,Adakah aku sedar sebenar-benar ada.

Tiada siapa disini hanya aku,Seperti tunggul tak bernyawa tak berdegupan,Tapi berlinang perit ada perasaan,Rasa anih keliru hati bertiupan.

Jujur tergigit berdarah bibir mekar,Menitik setiap nadi berdenyut segar,Keliru dalam sedar aku bertadah tangan,Ampun Tuhan bertuah sekalian ciptaan.

No comments: